Skip to content
Hadith TranslationsHadith translations · ترجمة الأحاديث

Bahasa Melayu — Hadith Translations

All Hadiths · 147

  1. 1

    Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tidak berkata buruk, dan tidak melakukan maksiat, maka dia kembali seperti hari dilahirkan oleh ibunya

  2. 2

    “Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.”

  3. 3

    Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan

  4. 4

    Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala

  5. 5

    Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya

  6. 6

    Sesungguhnya saya berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan antara kalian seorang kekasih, kerana sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan saya kekasih-Nya sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya

  7. 7

    Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada

  8. 8

    Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik

  9. 9

    Sesungguhnya kamu akan menemui sekelompok kaum Ahli Kitab, maka apabila kamu mendatangi mereka, serulah mereka untuk bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah

  10. 10

    Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya

  11. 11

    Manusia beruntung yang mendapat syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengakui tiada yang berhak disembah selain Allah, tulus murni daripada jiwanya

  12. 12

    Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka

  13. 13

    Celakalah orang-orang yang melampau (dalam agama)

  14. 14

    Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga

  15. 15

    Apabila seorang hamba sakit atau dalam perjalanan, maka akan dicatatkan untuknya (pahala) seumpama amalan yang biasa dilakukannya ketika dia menetap dan sihat

  16. 16

    Sebaik-baik zikir adalah 'La Ilaha Illallah', dan sebaik-baik doa adalah 'Alhamdulillah'

  17. 17

    Syurga lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian

  18. 18

    “Bersugi itu menyucikan mulut, dan mendatangkan keredaan Tuhan.”

  19. 19

    Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat seterusnya, dan Ramadan ke Ramadan seterusnya adalah penghapus dosa-dosa yang ada di antara kedua-duanya, selagi mana dijauhi daripada dosa-dosa besar

  20. 20

    Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa, dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya di dalam neraka

  21. 21

    Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci

  22. 22

    Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin

  23. 23

    Semoga Allah merahmati seseorang yang bermudah-mudah apabila menjual, membeli, dan menuntut haknya

  24. 24

    Dahulu ada seorang lelaki yang sering memberi hutang kepada orang ramai. Dia biasa berkata kepada pembantunya: “Jika engkau datang kepada seorang penghutang yang dalam kesempitan, maka berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memaafkan kita

  25. 25

    Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang yang membalas, tetapi orang yang menyambung tali persaudaraan ialah orang yang apabila tali persaudaraannya diputuskan, maka dia menyambungkannya

  26. 26

    “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat,

  27. 27

    “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku kerana kesilapan, kelalaian dan apa sahaja yang mereka dipaksa melakukannya.”

  28. 28

    “Biarkanlah Aku dengan apa yang Aku tinggalkan untukmu; sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana banyak bertanya dan berselisih terhadap para nabi mereka

  29. 29

    ‘Engkau telah bertanya kepadaku perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya

  30. 30

    Bersederhanalah dalam urusan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan bersederhanalah dalam apa yang dimiliki manusia, nescaya manusia akan mencintaimu

  31. 31

    “Kebaikan itu ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah sesuatu yang terdetik dalam hatimu dan engkau tidak suka jika ia diketahui oleh manusia.”

  32. 32

    Agama itu nasihat

  33. 33

    ”Susuan itu mengharamkan seperti pengharaman kerana kelahiran (nasab dan keturunan)

  34. 34

    “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas

  35. 35

    Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima yang baik sahaja. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin sebagaimana Dia memerintahkan para rasul-Nya

  36. 36

    Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) pada setiap perkara

  37. 37

    Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kebaikan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat untuknya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berazam serta melakukannya maka Allah mencatat baginya di sisi-Nya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda, bahkan berlipat kali ganda yang lebih banyak. Dan sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kejahatan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat buatnya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Namun jika dia berazam serta melakukannya maka Allah akan menulis baginya satu kejahatan sahaja

  38. 38

    “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi, dan berhala.”

  39. 39

    “Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu sesuatu yang dengannya kamu boleh bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, dan pada kemaluan salah seorang daripada kamu juga terdapat sedekah.”

  40. 40

    “Sesungguhnya antara perkara yang manusia perolehi daripada kata-kata nabi terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu.”

  41. 41

    Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan

  42. 42

    Islam ialah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah jika engkau mampu melaksanakannya

  43. 43

    “Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak meragukanmu, kerana sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan, dan sesungguhnya dusta itu adalah keraguan.”

  44. 44

    “Setiap sendi daripada tubuh manusia mempunyai sedekah

  45. 45

    Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau seorang pengembara

  46. 46

    “Janganlah kamu saling iri hati, saling menipu, saling membenci, saling berpaling, dan janganlah ada antara kamu menjual sesuatu atas jualan orang lain. Jadilah hamba Allah yang bersaudara

  47. 47

    Jangan marah

  48. 48

    “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain. Sesiapa yang melakukan kemudaratan maka Allah akan memudaratkannya, dan sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya.”

  49. 49

    “Engkau hendaklah sentiasa basahi lidahmu dengan mengingati Allah.”

  50. 50

    “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”

  51. 51

    “Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”

  52. 52

    “Sekiranya manusia diberi berdasarkan tuntutan mereka, pasti ada lelaki yang akan menuntut harta dan nyawa orang lain. Tetapi bukti berada pada pihak yang menuntut, dan sumpah berada pada pihak yang menafikannya.”

  53. 53

    Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi sesuatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah beberapa suapan untuk anak Adam menegakkan tulang belakangnya. Jika tidak dapat dielakkan, maka (jadikanlah) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya

  54. 54

    “Sesiapa yang melakukan dalam urusan kami sesuatu yang bukan (berasal) daripadanya, maka ia ditolak

  55. 55

    “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat

  56. 56

    Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas Diri-Ku, dan menjadikannya haram antara kamu semua, maka janganlah kamu menzalimi antara satu sama lain

  57. 57

    Wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajarmu beberapa kalimat; Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah

  58. 58

    “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam

  59. 59

    “Wahai anak Adam, selama engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku maka Aku akan mengampuni segala yang telah terjadi padamu, dan Aku tidak peduli

  60. 60

    Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan seluruh manusia

  61. 61

    “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah hamba-Ku dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu pun yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku fardukan ke atasnya

  62. 62

    “Jauhilah kotoran ini (zina) yang Allah larang daripadanya. Sesiapa yang terlanjur melakukannya maka hendaklah dia menutup dirinya dengan perlindungan Allah dan bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang menzahirkan (dosanya) kepada kami, nescaya kami akan melaksanakan hukum Allah عز وجل ke atasnya.”

  63. 63

    “Segala yang memabukkan adalah arak, dan segala yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia dan mati dalam keadaan ketagihannya tanpa bertaubat maka dia tidak akan meminumnya di akhirat.”

  64. 64

    Islam itu dibina atas lima perkara

  65. 65

    Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu juga, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman

  66. 66

    Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya pada zaman Jahiliah, dan sesiapa yang berbuat jahat dalam Islam, dia akan dipertanggungjawabkan atas yang pertama dan yang terakhir

  67. 67

    Bagaimana jika aku menunaikan solat yang diwajibkan, berpuasa pada bulan Ramadan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram

  68. 68

    Kesucian adalah separuh iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan dan ucapan Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi apa yang ada di langit dan di bumi

  69. 69

    Ketahuilah, jangan-jangan akan ada seorang lelaki yang sampai kepadanya hadis daripadaku, sedang dia bersandar di atas kerusi empuknya, lalu berkata: “Pegangan antara kami dan kamu ialah Kitabullah

  70. 70

    Wahai Rasulullah, tiada dosa kecil mahupun besar yang tidak aku lakukan. Baginda bersabda: «Bukankah kamu bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah?

  71. 71

    Sesungguhnya hak Allah ke atas hamba-Nya adalah agar mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan hak hamba ke atas Allah adalah Dia tidak akan mengazab sesiapa yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun

  72. 72

    Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka

  73. 73

    kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”

  74. 74

    Adakah kamu tahu apa yang Tuhan kamu firmankan?» Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: «Pada pagi ini, ada dalam kalangan hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir

  75. 75

    “Sesungguhnya kami dapati dalam diri kami sesuatu yang kami rasa terlalu besar untuk diucapkan.” Baginda bersabda: “Dan kamu telah merasainya?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah iman yang sejati.”

  76. 76

    Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah

  77. 77

    Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti

  78. 78

    Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat golongan: iaitu dua amalan yang mewajibkan, satu amalan yang dibalas setimpal, satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda, dan satu kebaikan dibalas tujuh ratus kali ganda

  79. 79

    Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang mukmin akan kebaikannya; dia diberi ganjaran kerananya di dunia dan dibalas di akhirat

  80. 80

    “Engkau memeluk Islam beserta kebaikan yang telah engkau lakukan dahulu.”

  81. 81

    Sesungguhnya Allah mencintai keringanan-Nya diamalkan, sebagaimana Dia mencintai kewajipan-Nya dilaksanakan

  82. 82

    “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”

  83. 83

    Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing yang kebingungan di antara dua kawanan, ia pergi kepada yang ini sekali dan kepada yang itu sekali

  84. 84

    Sesungguhnya iman juga melapuk dalam dada seseorang, seperti lapuknya bajunya. Maka pintalah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hati kalian

  85. 85

    Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya amalan meminum arak, sedikitnya kaum lelaki dan ramainya kaum wanita, sehinggakan bagi lima puluh orang wanita, penjaganya hanyalah seorang lelaki

  86. 86

    Kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu memerangi orang Yahudi, sehingga batu yang di belakangnya ada seorang Yahudi berkata: Wahai Muslim, ini seorang Yahudi di belakangku, maka bunuhlah dia

  87. 87

    Kiamat tidak akan berlaku sehingga matahari terbit dari barat. Maka apabila ia terbit dan manusia melihatnya, mereka semua beriman

  88. 88

    Telagaku seluas perjalanan sebulan, airnya lebih putih daripada susu, dan baunya lebih harum daripada kasturi

  89. 89

    Sesungguhnya aku berada di telaga untuk melihat siapa di antara kalian yang datang kepadaku, dan sebahagian orang akan diambil menjauh daripadaku. Aku akan berkata, "Ya Rabb, (mereka adalah) sebahagian daripadaku dan daripada umatku

  90. 90

    Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bekas-bekas minumannya lebih banyak daripada bilangan bintang dan planet-planet di langit pada malam yang gelap gelita lagi cerah tanpa awan

  91. 91

    Sesungguhnya Allah akan mengasingkan seorang lelaki daripada umatku di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat

  92. 92

    Ketika Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutuskan Jibril ‘alaihis salam

  93. 93

    Akan didatangkan kematian dalam rupa seekor kibas yang berwarna putih kehitaman

  94. 94

    Api kamu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian dari api neraka Jahannam

  95. 95

    Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, dan dialah orang yang benar dan dipercayai: "Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan dalam rahim ibunya selama 40 hari 40 malam

  96. 96

    “Allah telah menulis takdir makhluk sebelum Dia menciptakan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun

  97. 97

    Segala sesuatu dengan takdir, sehinggalah kelemahan dan kepintaran, atau kepintaran dan kelemahan

  98. 98

    Apabila Allah menetapkan seorang hamba akan mati di sesebuah negeri, Dia akan menjadikan untuknya satu urusan di sana

  99. 99

    Aku ialah Dhimam bin Tha'labah, saudara dari Bani Saad bin Bakr

  100. 100

    Nabi ﷺ menyebutkan sesuatu, lalu baginda bersabda: “Itu berlaku ketika waktu hilangnya ilmu

  101. 101

    Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan katakanlah: {Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami}

  102. 102

    Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh

  103. 103

    “Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus

  104. 104

    Wahyu diturunkan kepada Rasulullah ﷺ ketika baginda berusia 40 tahun

  105. 105

    Nabi ﷺ tidak mengetahui perpisahan surah sehinggalah diturunkan kepada baginda: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

  106. 106

    Adakah salah seorang antara kamu suka apabila pulang kepada keluarganya, dia mendapati tiga ekor unta bunting yang besar lagi gemuk?

  107. 107

    Dikatakan kepada sahabat al-Quran: ‘Bacalah dan naiklah, serta bacalah al-Quran dengan tartil sepertimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukanmu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca

  108. 108

    “Orang yang membaca al-Quran secara terang-terangan adalah seperti orang yang bersedekah secara terang-terangan, dan orang yang membaca al-Quran secara sembunyi-sembunyi adalah seperti orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.”

  109. 109

    Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dengar dan taat (kepada pemimpin), sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya siapa yang masih hidup selepas (kewafatan) aku nanti akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk

  110. 110

    mereka biasa belajar sepuluh ayat daripada Rasulullah ﷺ, lalu mereka tidak akan mengambil sepuluh ayat yang lain sehinggalah mereka mempelajari ilmu dan amalan yang terkandung di dalamnya

  111. 111

    Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “{اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [البقرة: 255].” Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Demi Allah, semoga engkau berbahagia dengan ilmu ini, wahai Abu al-Munzir.”

  112. 112

    Bahawa Nabi ﷺ apabila pergi ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua telapak tangannya, kemudian meniup pada keduanya lalu membaca: {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}

  113. 113

    Maka apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya, maka mereka itulah golongan yang Allah maksudkan, maka berwaspadalah terhadap mereka

  114. 114

    Bukankah Tuhan yang telah menjalankannya di atas kedua-dua kakinya di dunia mampu untuk menjalankannya di atas mukanya pada hari kiamat?

  115. 115

    Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan bersaksi untukmu dengannya pada Hari Kiamat

  116. 116

    “Empat sifat, sesiapa yang memilikinya adalah munafik sejati, dan sesiapa yang terdapat padanya salah satu sifat itu, maka wujud padanya sebahagian sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya: (Iaitu) Apabila bercakap dia berdusta, apabila buat perjanjian dia mengkhianati, apabila berjanji sesuatu dia mengingkarinya, dan apabila bertengkar dia berlaku kejam.”

  117. 117

    “Antara (tanda) bagusnya Islam seseorang itu adalah dia meninggalkan perkara yang tidak berfaedah buat dirinya.”

  118. 118

    “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu sia-siakannya, dan Dia telah menetapkan had batas, maka janganlah kamu langgar ia dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu melanggarnya dan Dia telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kamu, bukan kerana lupa, maka janganlah kamu mencari-cari tentangnya.”

  119. 119

    “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan

  120. 120

    Islam itu dibina atas lima perkara

  121. 121

    “Sesungguhnya kejadian salah seorang daripada kamu dikumpulkan dalam rahim ibunya selama 40 hari,

  122. 122

    Sesiapa yang mereka-reka sesuatu perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini yang bukan daripadanya, maka perkara itu tertolak

  123. 123

    “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas

  124. 124

    Agama itu nasihat

  125. 125

    “Apa sahaja perkara yang aku larang kamu daripadanya maka jauhilah. Dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu lakukannya, maka laksanakanlah ia menurut kemampuan kamu

  126. 126

    Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima yang baik sahaja. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin sebagaimana Dia memerintahkan para rasul-Nya

  127. 127

    Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepada perkara yang tidak meragukanmu

  128. 128

    “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”

  129. 129

    Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan dalam segala perkara

  130. 130

    Duhai anakku, saya ingin ajarkan kamu beberapa perkara: Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah hak Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya selalu bersamamu. Apabila kamu memohon sesuatu, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memerlukan pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah

  131. 131

    “Sesungguhnya antara perkara yang manusia perolehi daripada kata-kata nabi terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu.”

  132. 132

    “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”

  133. 133

    “Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku menunaikan solat fardu, berpuasa Ramadan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram,

  134. 134

    Kesucian adalah separuh keimanan. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan dan ucapan Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi apa yang ada di langit dan di bumi,

  135. 135

    “Setiap sendi daripada tubuh manusia mempunyai sedekah

  136. 136

    “Aku wasiatkan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, dan patuh serta taat, walaupun seorang hamba memimpin kamu. Sesungguhnya sesiapa antara kamu yang hidup selepas (pemergian) aku, nescaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Oleh itu, peganglah teguh sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rashidin, yang mendapat petunjuk,

  137. 137

    “Sesungguhnya engkau telah bertanya tentang perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi sesiapa yang Allah memudahkan kepadanya

  138. 138

    “Tiada sebarang mudarat dan tiada yang memudaratkan.”

  139. 139

    “Sekiranya manusia diberi berdasarkan tuntutan mereka, pasti ada lelaki yang akan menuntut harta dan nyawa orang lain. Tetapi bukti berada pada pihak yang menuntut, dan sumpah berada pada pihak yang menafikannya.”

  140. 140

    Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap kebaikan dan kejahatan, kemudian menjelaskannya

  141. 141

    “Sesungguhnya Allah Ta‘ala berfirman: Sesiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku wajibkan ke atasnya

  142. 142

    Tidak beriman seseorang kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa

  143. 143

    Segala perkara yang memabukkan adalah haram

  144. 144

    “Empat sifat, sesiapa yang memilikinya adalah munafik sejati, dan sesiapa yang terdapat padanya salah satu sifat itu, maka wujud padanya sebahagian sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya: (Iaitu) Apabila bercakap dia berdusta, apabila buat perjanjian dia mengkhianati, apabila berjanji sesuatu dia mengingkarinya, dan apabila bertengkar dia berlaku kejam.”

  145. 145

    “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberimu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”

  146. 146

    Kebaikan itu ialah akhlak yang indah dan dosa itu ialah apa yang meragukan di dalam hatimu dan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya

  147. 147

    “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah.”